Make your own free website on Tripod.com

HOME

' WANITA SOLEHAH' IMPIANKU ...
MUSLIMAT IKATAN PERSAUDARAAN ISLAM JEPUN

logoipij1.jpg

Enter subhead content here

     Kasih sayang dan kemesraan sentiasa tersemat di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah kurniaan Allah SWT. Namun, keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya Wanita Solehah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia. Hanya yang telah melengkapi diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman Syurga.

     Wanita Solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang solehah. Jika dia seorang isteri, ia akan taat dan patuh terhadap suami. Jika dia seorang ibu, akan dicurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Selanjutnya Wanita Solehah mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.

Enter supporting content here