Make your own free website on Tripod.com
MUSLIMAT IKATAN PERSAUDARAAN ISLAM JEPUN
Indahnya

HOME

INDAHNYA . 

Tahun ini genaplah 4 tahun aku meninggalkan tempat ini. Sejak keluar dulu, aku mula bekerja sebagai seorang guru agama setelah mengambil peperiksaan kelayakan dari Majlis Agama Negeri Johor dan kembali berjasa di Pontian , tanah kelahiranku.

Semasa mula bersekolah di sekolah pondok ini dulu,aku sedar aku memilih jalan yang agak berbeza dari orang lain, walau ada teman-teman yang sehaluan .Madrasah Shamsuddiniah ini sekolah pondok yang agak terkenal bukan setakat dinegeri Johor tapi juga sampai diNegeri Sembilan dan Selangor Darul Ehsan. Keputusan yang aku buat untuk menuntut ilmu disini terutamanya berkaitan dengan bahasa Arab dan pendidikan agama secara praktikal memang tidak sesekali aku kesalkan. Apatah lagi ini memang selari dengan cita-citaku untuk menjadi seorang Tahfiz AlQuran satu hari nanti.

Abang Zam, hari ni giliran Abang Zam untuk beri kuliah selepas isya, jangan lupa ye!, kami tak sabar nak dengar amanat mutiara dari mulut Abang Zam.pesan Zaki yang sekarang ni dalam tingkatan lima. Sejak ditauliahkan sebagai Ketua Unit Dawah dan Rohani untuk Majlis Pelajar pondok ini memang ligat saja aktiviti yang dijalankan. Pendek kata bersyukur kami ada orang seperti Zaki sebagai pelapis. Aku senyum dan mengangguk tanda faham.

Sebenarnya Madrasah ini tidak punyai surau atau masjid sendiri. Kami berkongsi masjid dengan penduduk kampung yang dermawan dan baik hati. Kebanyakan dari mereka berketurunan jawa dan terdiri dari masyarakat yang bagus dari segi amalan Islamnya. Madrasah kami ni pun asramanya memang benar-benar terletak disebelah masjid ini. Sekolah kami pula di depan masjid seberang jalan. Masih baru kerana bangunan yang lama sudah tidak digunakan lagi. Dalam menyahut kecemerlangan dalam bidang akademik ,kurikulum baru telah dibentuk sejak 2 tahun lalu dan memang ada beberapa perubahan positif yang diperolehi oleh penuntut-penuntutnya.

Oleh kerana kedudukan madrasah kami yang strategic ini , peluang kami untuk berbaik dengan Pak Imam masjid dan masyarakat kampung ini sangat luas dan tidak sekalikali aku lepaskan terutamanya bila berbincang tentang Islam dan permasalahan pelajar. Bersyukur sekali aku diketemukan dengan Pak Kiyai Haji Shamsuddin dan Tuan Haji Hadi. Sebelum manjadi Ketua Pelajar lagi aku memang suka bermesra dengan mereka.

ALLAH lebih menyanyangi Pak Kiyai Haji Shamsuddin dan Tuan Haji Hadi. .Pak Kiyai meninggal dunia dipangkuan Tuan Haji Hadi kerana sakit tua dan Tuan Haji Hadi meninggal dunia kerana kemalangan. Aku ada disini lagi pada waktu itu. Sedihnya hanya ALLAH saja yang tahu.

Kemalangan yang menimpa Tuan Haji Hadi berlaku benar-benar dihadapan masjid kampung tempat kami tumpang beribadah . Ketika dalam perjalanan untuk solat Maghrib. itulah nyawanya tiba di titik akhir kehidupan. Aku ada dihadapan masjid pada waktu itu dan terus mencari kereta untuk membawa Tuan Haji Hadi ke hospital berhampiran. Walaupun kukatakan hampir tetapi hospital itu terletak kira-kira 45 minit dari tempat kemalangan. Allahyarham disahkan meninggal dunia kerana tulang rusuknya telah menembusi peparu ,mengakibatkan respirasi dan proses pertukaran gas terganggu dan pendarahan yang banyak dari luka luar. Ketika majlis pengkebumian Allahyarham ramai yang hadir. Aku telah anggap Allahyarham seperti ayahanda aku sendiri .sedih dan pilu sungguh !

Aku sedar kita ini manusia tidak punya apa -apa kuasa untuk menghalang takdir dan kematian yang datang. Aku rindu dengan mereka , duduk dan sama sama menjamah more. Mengecapi nikmat hidup bersama orang orang yang soleh seperti mereka. Kesedihan ini lebih dirasai lebih-lebih lagi kerana mereka kembali kerahmatullah betul-betul pada tahun yang sama.

Kali ini keadaanku berlainan sedikit. Aku sebenarnya dijemput datang kesini sebagai wakil murid tua untuk membincangkan tentang permasalahan pelajar dan akademik anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah. Kedatanganku bersama isteri tersayang, NurAini memang ditunggu-tunggu oleh adik-adik, semoga ada manfaat yang boleh kami berikan kepada mereka. Maklumlah kami memang berkenalan semasa di sini dulu. Tapi tak kusangka kami berkahwin dan sehingga ke hari ini, alhamdulillah. Bahagialah siapa yang beristerikan wanita solehah , duhai adikadik ku sekalian!

Solat isya telah tamat dan tiba giliranku untuk bersuara. Lamanya tidak berada didepan adikadik ini semua.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang Abang Zam bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kita sama sama dapat berkumpul dalam suasana tenang pada hari ini. Syukur juga kita dapat sama-sama solat jamaah dikekalkan oleh Allah dalam nikmat Islam dan iman. Adik adik yang disayangi dan dikasihi sekalian, hanya ALLAH yang tahu betapa rindunya untuk berada disini, kembali mengecap zaman persekolahan dan kembali dalam lingkungan suasana biah solehah. Apa yang nak Abang Zam sampaikan disini ialah adik-adik patut bersyukur kerana dipilih oleh ALLAH untuk berada dijalan ini. ALLAH pilih adik-adik supaya kita dapat menjadi seorang yang mahir bahasa Arab dan hafaz ALQURAN , supaya kemudian boleh pula kita ajar kepada orang lain, tekunlah dalam menuntut ilmu dari ustaz ustazah yang ada dan lengkapkanlah diri kita sebaiknya. Menuntut ilmu sebagai satu jihad yang kita pikul di bahu tanpa kenal letih dan jemu.  

Abang Zam ingin bawakan satu ayat Quran dari Surah Taubah ayat 122:

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mumin itu pergi semuanya ( kemedan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Adik-adik perlu sedar bahawa masyarakat diluar sana tidak sama dengan disini. Masih banyak yang perlu diperbetulkan. Bagi adik-adik yang tinggal dikawasan bandar pula mesti maklum dengan suasana percampuran antara lelaki dan perempuan yang tidak mengenal batas disesetengah tempat dan adikadik kena kuat untuk cuba amal kan yang terbaik semampunya. .

Adik-adik yang dikasihi sekalian,pada adik-adik yang meneruskan barisan kepimpinan agar terus mengekalkan budaya biah solehah dan terus utuh dalam mengamalkan Islam dalam diri. Kalau kalian rasa satu berat untuk memikul tanggungjawab pimpinan, adik-adik betul sebenarnya. Tapi syukurlah pada Allah dan ingatlah yang Allah telah berfirman dalam ALQURAN AlBaqoroh Ayat 286: 

DIA tidak akan menbebani seseorang itu kecuali apa sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala bagi dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.

Sesungguhnya abang mahu adik-adik semua faham yang sebagai seorang penuntut disekolah pondok tanggungjawab yang peranan yang kita mainkan adalah penting dan jangan sesekali kita rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat.

Masyarakat hari ni lebih suka dan yakin kepada pendidikan sekolah berasrama penuh dan memang terkenal dengan pencapaian yang baik dalam peperiksaan. Kita tak bentah atau menolak perkara ini. Ada juga sekolah asrama penuh yang cukup baik dari segi akhlak dan pencapaian akademiknya. Cuma sekolah pondok ini juga harus bangkit dan ikhlas dalam meneruskan budaya ilmunya.kerana kita juga ada potensi untuk meningkatkan diri dari semasa ke semasa. Kita juga yang perlu untuk meneruskan tugas para ulama didunia ini.

Akhir sekali, bila adikadik keluar nanti tunaikanlah tanggungjawab adikadik kepada masyarakat persekitaran dan adikadik tidak seorang kerana kita ada sahabat sahabat yang saperjuangan yang berfikrah sama , ingin menegakkan Islam dalam negara kita ini. Kita ada kawan kawan di pusat pengajian tinggi didalam dan luar negeri. Abang Zam ada kawan-kawan yang sedang menuntut di England, Jepun, Mesir dan Abang Zam mahu adik-adik tahu yang mereka juga sedang berusaha untuk mendaulatkan Islam semula di dunia ini. Kita tidak seorang .

Abang Zam dan kak Aini insyaAllah akan bertolak menyambung pelajaran keMesir pada bulan depan, untuk seketika tak dapat menjenguk adikadik disini. Sama-samalah kita teruskan perjuangan yang tidak selesai lagi ini. Selagi kita berada dalam jalan ini, pasti kita akan bertemu satu hari nanti. Mari kita cari redha Allah. Cari dan terus mencari . wassalamualaikum wbt. TAKBIR !ALLAHUAKBAR.. 

Sahabat sekalian, kisah ini hanya satu dari coretan satu kisah dari sebuah sekolah pondok ditanah air. Sahabat-sahabat penuntut di JEPUN, Adakah anda termasuk dalam mereka yang ingin berjuang dan berbakti untuk Islam? jangan fikir jauhjauh .terepkan Islam dalam diri anda dan hiduplah secara berjemaah.. 

Anda sebahagian dari pejuang yang ditunggu-tunggu oleh Islam!!!! 

Menutup bicara dengan kalimah wassalamualaikum wbt.

Nukilah nurani ikhlas: Wardah